Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mid Valley bakal siap akhir 2020

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Pusat Membeli-Belah Mid Valley, kompleks komersial pelbagai tingkat yang terletak di Sungai Orok, Salambigar, dijangka siap pembinaannya pada akhir tahun 2020.

    Terletak secara strategik di tengah kawasan perumahan Salambigar dan Lambak Kanan, pusat itu boleh diakses dengan senang melalui lebuh raya dari Jalan Muara dan kawasan Lambak.

    Menurut satu kenyataan yang diterima, Mid Valley menawarkan aktiviti membeli-belah berorientasikan keluarga dengan tumpuan diberikan pada kesenangan seperti kemudahan untuk anak damit dan hiburan untuk kanak-kanak. Ia bertujuan memberikan lebih keutamaan kepada pembeli-belah keluarga dengan pelbagai produk dan perkhidmatan mesra keluarga di Brunei.

    Dengan jumlah keluasan 87,000 kaki persegi di tingkat bawah dan pertama, pusat membeli-belah itu mempunyai 12 rumah kedai dan 12 unit kedai di tingkat bawah, dan lapan unit tambahan gerai atau warung.

    Selain itu, kawasan rumah kedai mempunyai reka bentuk berkonsepkan ruang terbuka untuk membolehkan acara diadakan sepanjang tahun. Ia juga mempunyai kawasan permainan yang dikhaskan untuk kanak-kanak, hiburan kecil serta arked.

    Terdapat juga pameran menarik, permainan pesta ria dan pertandingan dianjurkan oleh Mid Valley sepanjang tahun. Aktiviti dan pertandingan termasuk pesta ria dan bazar.

    Gambar lakaran Pusat Membeli-Belah Mid Valley yang dijangka siap pembinaan pada akhir tahun 2020. – Gambar serahan Midvalley.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda