Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    MIDA pertimbang projek bernilai RM600 juta

    KUALA LUMPUR, 30 Nov – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang menilai beberapa projek bernilai RM600 juta daripada 10 syarikat Jepun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    “Sentiasa ada aliran masuk pelaburan yang kukuh dari Jepun, dalam pelbagai bahagian seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan prasarana. Kita ada projek yang sedang dalam perancangan bernilai kira-kira RM600 juta.

    “Saya harap beberapa cadangan ini akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya pada sidang akhbar semasa Forum Perniagaan Malaysia Nikkei 2017, di sini, hari ini.

    Bagi separuh pertama tahun ini, MIDA meluluskan sejumlah 16 projek pembuatan daripada syarikat Jepun bernilai RM559 juta, dengan 75 peratus daripada ini pelaburan semula oleh syarikat yang telahpun beroperasi di sini.

    Sementara itu,  Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa berkata, semasa lawatan ke Jepun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Malaysia menjadi penasihat kepada Jepun bagi perniagaan halal.

    “Ini perlu diteruskan memandangkan peningkatan jumlah pelancong Islam yang datang ke Jepun. Kami tidak mempunyai pengetahuan teknologi, jadi boleh bergantung kepada nasihat yang baik dari Malaysia,” katanya.

    Forum sehari itu yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun, dianjurkan oleh MIDA dan Nikkei Inc. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini