Thursday, November 14, 2024
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miftah An-Nur sumbangkan permainan, buku untuk YASKA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Dengan hasrat untuk memberikan keceriaan kepada kanak-kanak Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur telah menyampaikan sumbangan permainan yang dikumpulkan menerusi Kegiatan Amal Ramadan Mengumpul Permainan bagi YASKA, hari ini.

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh ahli Lembaga Pengelola, Dayang Nora Hafneh dan Ketua Rendah dan Tahun Awal, Dayang Lena Khatun kepada Naib Pengerusi YASKA, Dayang Tsara’Nawwarah binti Abdullah Chen, di Blok Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS)

    Pada majlis itu juga, Dayang Nora dan Dayang Lena telah menyampaikan buku yang mengandungi kad serta pesanan untuk sembuh daripada pelajar-pelajar Miftah An-Nur yang diserahkan kepada Dayang Tsara’Nawwarah.

    Sumbangan permainan berkenaan dikumpulkan daripada sumbangan warga Miftah An-Nur di mana kegiatan amal yang diadakan buat kali pertama itu adalah selaras dengan nilai-nilai teras sekolah berkenaan iaitu kesyukuran dan jasa.

    Dayang Nora dan Dayang Lena menyampaikan buku kad dan pesanan pelajar-pelajar Miftah An-Nur kepada Dayang Tsara’Nawwarah di Blok Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda