Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miftah An-Nur, YEE jalin kerjasama strategik

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Bagi menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan kerjasama akademik, budaya dan sosial antara kedua-dua institusi, Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur dan Institut Yunus Emre (YEE) Turkiye, merasmikan perkongsian strategik melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU), di kampus Miftah An-Nur, hari ini.

    Majlis tersebut disaksikan oleh Duta Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy, selaku tetamu kehormat majlis.

    Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Timbalan Pengerusi Miftah An-Nur, Haji Abu Bakar Haji Ibrahim, sementara bagi YEE diwakili oleh Lale Ersoy, selaku Penyelaras Pusat Kebudayaan Turkiye.

    Melalui kerjasama strategik tersebut, pelbagai program termasuk kelas kaligrafi dan bahasa Turkiye akan ditawarkan kepada pelajar dan orang awam untuk mengukuhkan hubungan budaya dan memperluas peluang pembelajaran.

    Program berkenaan akan menawarkan aktiviti kokurikulum untuk pelajar Miftah An-Nur, manakala komuniti Miftah dan orang ramai boleh menyertai sesi khusus yang ditetapkan untuk mengembangkan perspektif akademik, profesional dan budaya.

    Majlis penandatanganan MoU antara kedua-dua institusi yang berlangsung di Kampus Miftah An-Nur.- GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ANTARABANGSA ISLAM MIFTAH AN-NUR
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ANTARABANGSA ISLAM MIFTAH AN-NUR
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ANTARABANGSA ISLAM MIFTAH AN-NUR

    Selain bahasa dan seni pendidikan, kedua-dua institusi komited untuk meneroka kerjasama seterusnya merentasi pendidikan, budaya, dan inisiatif sosial, mempertingkatkan jambatan budaya antara Brunei dan Turkiye.

    Di majlis itu, Profesor Dr Hamit Ersoy menekankan akan kepentingan pertukaran budaya, dengan menyatakan, kerjasama bersama Miftah An-Nur adalah peluang untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara melalui pendidikan dan penghayatan budaya.

    Beliau juga berharap untuk berkongsi warisan negara Turkiye dan menyediakan pelajar dengan perspektif baharu yang akan menyumbang kepada peribadi dan pertumbuhan profesional.

    Pengetua Eksekutif Miftah An-Nur, Bilal Buttar, turut menyatakan semangatnya atas perkongsian tersebut di mana kerjasama itu adalah bukti kepada misi kami untuk menyediakan pengalaman pembelajaran holistik yang meluas di luar persekitaran bilik darjah.

    “Kami teruja untuk menawarkan pelajar dan komuniti terhadap budaya dan bahasa Turkiye, disamping membuka jalan untuk pertumbuhan akademik dan profesional yang lebih hebat,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda