Friday, January 3, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mike Johnson dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS baharu

    WASHINGTON, 26 OKT – Ahli Republikan dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memilih ahli Kongres Mike Johnson sebagai Speaker Dewan yang baharu, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Johnson mendapat 220 undi manakala calon Demokrat Hakeem Jeffries menerima 209 undi.

    Ahli Parlimen dari  Louisiana itu mendapat sokongan sebulat suara ahli Republikan.

    Johnson merupakan ahli Republikan keempat yang dicalonkan untuk jawatan itu.

    Kata pemimpin itu, pemilihannya sebagai Speaker Dewan yang ke-56 adalah satu penghormatan dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dari Parti Republikan yang mengundinya.

    Kerusi Speaker Dewan Perwakilan kosong selepas ahli Republikan berhaluan kanan menyingkirkan Kevin McCarthy pada 3 Oktober lalu. – Bernama

    Speaker Dewan Perwakilan AS, Mike Johnson bercakap semasa sidang akhbar di Capitol di Washington, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda