Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mike Tyson akui lihat ‘syaitan’ selepas peluk Islam

    Petinju profesional, Mike Tyson mendedahkan pandangannya mengenai agama Islam setelah menjadi seorang Muslim, dan mendedahkan beliau mula melihat ‘syaitan’ di gereja dan masjid.

    Menerusi wawancaranya di SirisXM radio, Mike menyatakan bahawa manusia seharusnya memiliki hubungan langsung bersama Tuhan.

    “Saya tidak begitu mengerti tentang agama dan Tuhan sampai saya tua. Kini saya memiliki pandangan yang lebih baik untuk Tuhan daripada sebelumnya,” ujar Mike. Petinju ini turut mendedahkan bahawa beliau kerap melihat ‘syaitan’ setiap kali melihat gereja dan masjid.

    “Semua ini agak rumit kerana saya kerap ternampak syaitan ketika melihat gereja dan masjid. Kita harus berurusan dengan Tuhan secara langsung dari hati, bukan melalui orang lain. Mike memeluk agama Islam ketika berada di penjara pada 1990an dan memilih nama Islamnya, Malik Abdul Aziz. – Agensi

    Mike Tyson ini turut mendedahkan bahawa beliau kerap melihat ‘syaitan’ setiap kali melihat gereja dan masjid. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda