MADRID, 3 DIS – “Dia ialah pemain terbaik dalam liga,” kata jurulatih Real Sociedad Imanol Alquacil pada September selepas pasukannya baru sahaja menewaskan Granada untuk menduduki tempat ketiga dalam saingan La Liga, tiga mata di belakang Real Madrid.
Beliau bukan bercakap mengenai penjaring teratas liga, Karim Benzema, atau Luka Modric, satu-satunya pemenang yang tinggal dalam Ballon d’Or.
Beliau bukan merujuk kepada salah seorang bakat paling menyinar Barcelona seperti Ansu Fati atau Pedri, malah Lusi Suarez yang berusia 34 tahun, yang beberapa bulan sebelum ini berjaya meraih kejuaraan untuk pasukan Atletico Madrid.
“Saya berkata sebelumnya dan saya akan berkatanya sekali lagi sekiranya ia masih tidak jelas,” katanya. “Mikel Merino ialah pemain terbaik dalam La Liga.”
Real Sociedad tidak lagi menyusuli Real Madrid tetapi berada di atas mereka, satu kemenangan ke atas Osasuna meninggalkan mereka dalam senarai teratas kedudukan untuk minggu keempat berrturut-turut. – AFP