Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Mikro jig semakin popular

    Oleh Raz AS

    Meskipun ia bukanlah sesuatu yang baharu namun penggunaan mikro jig semakin meningkat kepopularannya dalam kalangan pemancing di tanah air pada masa kini.

    Sebab utama peningkatan dalam popularitinya boleh dikatakan disebabkan keseronokan dan kepuasan yang mampu ditawarkan olehnya terutamanya kepada peminat-peminat peralatan set ringan.

    Walaupun hasil tangkapannya selalunya tidaklah sebesar mana seperti menggunakan jig biasa, namun lenturan kuat pada joran, dan bunyi reel berdesing memuntahkan tali ketika perlawanan memberikan aksi yang penuh debaran.

    Mikro jig merupakan miniatur kepada slow pitch jig dan secara amnya jig yang mempunyai berat kurang daripada 40 gram adalah dianggap sebagai mikro jig dan boleh didapati dalam saiz yang lebih kecil seperti berat 7 gram, 5 gram dan 3 gram. Seperti juga adik-beradiknya yang bersaiz lebih besar, mikro jig meniru aksi anak ikan yang bergelut untuk berenang dan boleh digunakan pada pelbagai tahap kedalaman bergantung di mana ikan sasaran berada.

    Bagi menggunakan mikro jig, peralatan yang sesuai digunakan tentulah sahaja set peralatan ringan, dengan setup yang sesuai adalah joran spinning aksi sederhana, reel spinning bersaiz 1000-2500 dan tali braided berkekuatan 3-6lb sebagai tali utama yang disambungkan dengan perambut fluoro 10lb. Akan tetapi bagi pemancing yang suka menggunakan baitcast juga boleh menggunakan reel kegemaran mereka itu, malah kelebihannya adalah pemancing akan lebih mudah mengesan getuan ikan ketika jig jatuh, namun bagi mikro jig yang bersaiz ringan mungkin saja lebih susah untuk membuat lontaran.

    Mikro jig boleh digunakan seperti umpan soft plastic. Lontaran dibuat, sama ada dibiarkan tenggelam hingga ke dasar atau pada tahap kedalaman yang dimahukan kemudian gulungan dibuat sambil melakukan twitch lembut.

    Disebabkan ia mempunyai berat yang ringan, mikro jig lebih sesuai digunakan di perairan cetek 20 meter ke bawah, sama ada dari bot, kayak atau tebing.

    Jig yang mempunyai berat kurang daripada 40 dianggap sebagai mikro jig, malah ia boleh didapati dalam saiz yang lebih kecil seperti berat 7 gram, 5 gram dan 3 gram. – Agensi
    Baitcast juga boleh digunakan bagi tujuan mikro jigging. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...