MILAN, 9 MEI – Milan bersiap sedia untuk perlawanan terbesar dalam satu generasi ketika dua kelab lama Eropah akan bertemu esok dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara.
AC Milan dan Inter Milan akan bertembung di San Siro untuk peluang menjadikan jumlah trofi Eropah di bandar Itali itu kepada 22.
Pertembungan antara Milan dan Inter bukan lagi di anggap sebagai perlawanan yang besar jika jika dibandingkan dengan perlawanan pencabar separuh akhir yang lain, Real Madrid dan Manchester City tetapi perlawanan esok ini merupakan salah satu perlawanan yang penting dan ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Itali.
“Suasana di stadium adalah luar biasa. Semua orang di sini adalah peminat, lelaki dan wanita.” kata pemain pertahanan AC Milan, Pierre Kalulu dalam temu bual dengan AFP.
Musim kedua-dua pasukan bergantung kepada keputusan perlawanan dua wakil dari Itali, dengan kelayakan untuk pertandingan tahun depan masih belum ditetapkan kerana kempen liga yang mengecewakan yang menyebabkan pencabar utama kejuaraan Serie A musim lalu jauh di belakang juara baharu Napoli.
Skuad kendalian Simone Inzaghi kini bangkit dan menang lima kali dan berjaya menjaringkan 14 gol.
Daripada gol tersebut 10 telah dijaringkan oleh pemain penyerang, Romelu Lukaku, yang kembali menemui rentak menjelang penghujung tempoh pinjaman dari Chelsea.
Sejak awal April, Lukaku berjaya menjaringkan lima gol dan membuat empat lagi dalam semua pertandingan, dan golnya yang disempurnakan dengan baik ketika menang 2-0 Sabtu lalu di Roma adalah petanda terbaru penyerang Belgium itu mungkin kembali ke prestasi terbaiknya. – AFP
