MILAN, 13 MEI – Ante Rebic menyumbat hatrik dan Theo Hernandez berjaya meledak dua gol ketika AC MIlan membelasah Torino 7-0 kelmarin untuk terus mengasak kedudukan kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2014 ke landasan betul.
Pertarungan untuk merebut aksi di kejohanan elit Eropah semakin sengit dengan hanya dibezakan tiga mata antara pasukan tangga kedua, Atalanta dan Juventus di kedudukan kelima.
Atalanta kembali menghuni tangga kedua di hadapan Napoli dengan kemenangan 2-0 ke atas Benevento.
Pasukan Bergamo itu menyamai pungutan mata dengan Milan, sementara Napoli ketinggalan dua mata di tempat keempat.
“Sehingga anda melepasi garisan penamat, anda tidak boleh berputus asa,” kata pengurus Milan, Stefano Pioli yang akan menghabiskan baki perlawanan dengan menentang Cagliari di laman sendiri dan bertandang ke Atalanta selepas itu.
Juve berada satu mata di belakang selepas kembali mencatat kemenangan tatkala kekalahan 3-0 di gelanggang sendiri kepada Milan.
Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala masing-masing menjaringkan gol ke-100 buat kelab dalam semua kejohanan untuk menghidupkan semula harapan gergasi Turin itu beraksi di Liga Juara-Juara setelah mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Sassuolo. “Kami bermain dengan tenang dalam setengah jam, dan kemudian kami teruskan perjuangan memasuki dua perlawanan seterusnya,” kata Andrea Pirlo.
“Bukan mudah untuk pulih dari kekalahan tempoh hari dan kami bermain dengan baik dalam perlawanan seperti ini menentang Sassuolo.”
Juventus tercicir dari kedudukan empat teratas selepas mengalami kekalahan di tangan AC Milan dan Bologna dalam dua perlawanan terakhir mereka. – AFP
