Milan kembali jejaki pentas UCL

MILAN, 14 SEPT – AC Milan akan membuat kepulangan yang telah lama dinantikan ke Liga Juara-Juara minggu ini dalam salah satu pentas terbesar, membuat kunjungan ke Liverpool pada Rabu membenarkan mereka untuk memburu hadiah lumayan terbesar di Eropah sekali lagi.

Ini akan menjadi Piala Eropah ke-13 antara kedua-dua pasukan di Anfield, namun ketika The Reds menjadi sebuah pasukan yang paling digeruni di Eropah di bawah kendalian Jurgen Klopp, memenangi Liga Juara-Juara pada 2019, pasukan Itali itu akan memulakan perlawanan peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 2013.

Mereka ketika ini lebih berkeyakinan selepas permulaan cemerlang di musim baharu Serie A, mengutip mata penuh dengan sembilan mata dari tiga perlawanan pembukaan.

Stefano Pioli, belum pernah meraih gelaran utama sebagai ketua jurulatih, mempunyai pasukan yang boleh diharapkan dengan peningkatan dibuat sejak tiba di kelab tersebut

pada 2019, mengukuhkan kedudukan pada Ahad dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Lazio di San Siro.

Ditanya sama ada pasukannya mampu meraih kejayaan di Eropah, Pioli berkata, “Kami sepatutnya bermimpi pada waktu malam sahaja, pada sebelah pagi kami mesti berusaha untuk merealisasikan impian tersebut.”

Lapan tahun yang tidak membanggakan buat juara Eropah tujuh kali, yang gagal memenangi gelaran Serie A dalam masa sedekad dan kali terakhir menjuarai gelaran utama adalah pada tahun 2007, di mana mereka berjaya menewaskan Liverpool di Athens.

Sejak itu Milan, merupakan pasukan Itali yang paling berjaya di Eropah, gagal untuk mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara dan pada 2019, ketika cuba bangkit dari kemelut kewangan, gagal untuk melepasi peringkat kumpulan di Liga Europa yang merangkumi pasukan Dudelange, Olympiakos dan Real Betis.- AFP

Reaksi Zlatan Ibrahimovic meraikan gol semasa menentang Lazio minggu lalu. AC Milan akan kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara kali pertama sejak 2013.- AFP