Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Milan pamer aksi cemerlang

    MILAN, 9 OKT – AC Milan bangkit daripada kekalahan di Chelsea dengan menewaskan Juventus 2-0 semalam sekali gus menyamakan pungutan mata dengan pendahulu Serie A, Napoli.

    Juara Itali, Milan tetap berbisa di sebalik kelesuan dalam kejohanan Eropah apabila menewaskan musuh ketat Juve di San Siro hasil jaringan Fikayo Tomori dan Brahim Diaz pada kedua-dua separuh masa perlawanan.

    “Kami hambar di London, hari ini kami lebih agresif dan bekerja sebagai satu pasukan. Ini yang kami perlu lakukan dalam setiap perlawanan,” kata Pioli.

    Skuad Stefano Pioli terikat 20 mata dengan Napoli dan juga Atalanta yang akan berkunjung ke Udinese dan berpeluang menjarakkan kedudukan.

    Milan di tangga ketiga selepas mempamerkan aksi cemerlang yang menyuntik keyakinan mereka menjelang pertembungan balas dendam dengan Chelsea pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) Rabu ini.

    Bagi Juve, ia satu lagi prestasi buruk selepas kekalahan kedua dalam saingan liga musim ini yang meletakkan mereka di tangga kelapan dengan tujuh mata di belakang tiga pasukan teratas.

    “Saya rasa tidak banyak yang diperkatakan selepas perlawanan seperti itu,” kata jurulatih Juve Massimilano Allegri.

    “Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama dan seterusnya kami menyerah. Terdapat banyak kesilapan.” – AFP

    Fikayo Tomori (tengah) meraikan gol bersama rakan sepasukan setelah meledak gol pertama AC Milan semasa menentang Juventus di stadium San Siro pada 8 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda