Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miley dan Liam berpisah

    Pelakon dan penyanyi Miley Cyrus mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan suaminya, Liam Hemsworth selepas hanya lapan bulan berkahwin.

    Menurut laporan People.com, keputusan untuk berpisah itu dibuat secara baik oleh Miley dan Liam selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.

    Pasangan ini berharap dapat melalui detik menyedihkan itu tanpa sebarang spekulasi yang mampu memburukkan keadaan kerana masih mahu mengekalkan hubungan baik dan menghormati antara satu sama lain.

    Khabar angin mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi selebriti itu mula bertiup kencang apabila Miley menerusi sebuah laman Instagram miliknya dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan di jari manisnya.

    Perpisahan Miley dan Liam juga didakwa berpunca daripada sifat buruk Miley yang lebih menyukai pasangan sejenis.

    Lebih menguatkan dakwaan apabila Miley dilihat sedang berseronok bercuti di Itali bersama seorang wanita dikenali sebagai Kaitlynn Carter.

    Untuk catatan umum, Miley dan Liam sebelum ini melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada 23 Disember 2018 dalam majlis yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat. – Agensi

    Perkahwinan Miley dan Liam gagal selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkannya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda