Thursday, October 17, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Milik rokok seludup, penduduk tetap didenda $5,000

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Seorang penduduk tetap berusia 42 tahun didenda $5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Belait hari ini selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Chong Jih Chau perlu menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Menurut pendakwa raya kastam, Chong ditahan di Pos Kawalan Sungai Tujoh di Kuala Belait pada 6 April 2023, jam 11:28 pagi.

    Pegawai-pegawai dari pos kawalan kastam membuat tangkapan selepas menemui enam karton dan 19 batang rokok pelbagai jenis miliknya tanpa kebenaran sah.

    Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengarahkan rokok itu dirampas untuk dimusnahkan.

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda