Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 25 tahun didenda $10,125 atau berdepan hukuman penjara 10 bulan dan lapan hari jika gagal melunaskan denda, kerana memiliki minuman keras seludup.
Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kelmarin mendengarkan bahawa Azie Nazrie bin Zulfriza berdepan empat dakwaan di bawah Perintah Eksais 2026 dan Perintah Kastam 2006. Kesalahan tersebut berlaku 2 Oktober 2023 di Pos Kawalan Sungai Tujoh ketika pegawai pemeriksa kastam menemukan barang tegahan tersebut.
Pertuduhan pertama melibatkan memiliki satu paket rokok, tiga vape pod dan satu botol jus vape. Pertuduhan kedua melibatkan memiliki satu aksesori vape. Pertuduhan ketiga kerana memiliki 18 tin dan dua botol minuman beralkohol pelbagai jenis. Pertuduhan keempat berkaitan dengan memiliki 5.9 kilogram sayap ayam mentah tanpa kebenaran.
Mahkamah mengarahkan semua barangan tersebut dirampas dan dimusnahkan.