Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Miliki dadah antara 40 kesalahan dikesan dalam sekatan jalan raya

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BELAIT, 17 MEI – Sebanyak 40 kesalahan telah dikesan dalam operasi sepadu sekatan jalan raya melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa undang-undang yang dijalankan di dua lokasi berasingan iaitu Jalan Bypass Lumut hala Tutong dan hala Seria, pada jam 8:30 malam, kelmarin.

    Kesalahan-kesalahan melibatkan cukai kenderaan mansuh, lesen memandu mansuh, ubah suai kenderaan, memiliki dadah terkawal, memakan dadah terkawal, memiliki barang tegahan, memasang roof rack tanpa kebenaran, tidak mempunyai mudguard dan lain-lain lagi.

    Operasi diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalu lintas Daerah Polis Belait, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Alvin Goh bersama keanggotaan Balai Polis Sungai Liang dan Balai Polis Labi bersama Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN) serta Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).

    Sepanjang operasi yang memeriksa sebanyak 650 kenderaan itu, PPDB telah mengeluarkan 23 kesalahan kompaun, JKED merekodkan 12 kesalahan, tiga kesalahan direkodkan oleh BKN, dan lima kesalahan bagi JPD.

    Adapun tujuan utama operasi sedemikian adalah bagi memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan undang-undang di Negara Brunei Darussalam, di samping memohon kepada masyarakat awam agar turut sama memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kepada agensi-agensi penguat kuasa dengan menyalurkan maklumat yang berguna agar kegiatan-kegiatan jenayah dapat dibanteras dengan sebaiknya sehingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

    Dalam pada itu juga, turut diterapkan kepada anggota-anggota yang bertugas untuk mengamalkan sifat sopan, berhemah dan berdisiplin semasa operasi dijalankan bagi tujuan pendekatan, interaksi dan mewujudkan kepercayaan masyarakat awam dalam usaha berganding bahu membendung dan mencegah jenayah secara lebih efektif di negara ini.

    Pegawai agensi penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan dalam operasi itu.
    Anggota PPDB semasa melakukan pemeriksaan dalam operasi sepadu di Jalan Bypass Lumut hala Tutong dan hala Seria.
    Beberapa barang tegahan dan dadah terkawal telah dikesan semasa operasi tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...