Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Seorang lelaki yang memiliki dua kotak, 52 karton dan lapan paket rokok seludup didenda $298,000 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.
Hukuman denda terhadap Muhammad Raimi bin Haji Muhammad Hamdil’lah, 24, diputuskan Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof yang turut memerintahkan hukuman 27 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.
Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah memiliki barang tegahan itu di dalam keretanya ketika ditahan untuk pemeriksaan di Pos Kawalan Kuala Lurah sekitar jam 1:45 petang pada 28 Januari 2020.