BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seorang lelaki tempatan, Fadhilah bin Sahri, 37, telah didenda $8,000 kerana didapati memiliki 10 karton rokok.
Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid, membuat keputusan berkenaan selepas defendan didapati bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 dan dijatuhkan hukuman.
Defendan ditangkap oleh Bahagian Penguat kuasa Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 4 Julai 2025, pukul 8:42 malam.
Defendan akan dikenakan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.
Semua barang tegahan tersebut dirampas untuk diserahkan kepada kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.


