Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miliki rokok seludup: Lelaki tempatan didenda

    OLEH FADLEY FAISAL

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun kelmarin telah dikenakan denda $20,000 oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup dan vape pod. 

    Muhammad Noor Azmi bin Samrey perlu menjalani hukuman penjara 20 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

    Tuduhan itu dihadapkan ke atas defenden di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais, 2006.

    Barangan tegahan termasuk 47 paket rokok pelbagai jenis dan tiga vape pod, telah dirampas semasa operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Cawangan Kuala Belait pada 8 Februari 2023.

    Semasa operasi tersebut telah menemukan dua lokasi iaitu tempat letak kereta Taman Jubli Perak, Kuala Belait dan di sebuah rumah di RPN Kampung Panaga Seria.

     Majistret Abdul ‘Azim bin Othman memerintahkan barang-barangan tegahan untuk dirampas dan dimusnahkan.

    Gambah hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda