Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miliki rokok seludup, warga Bangladesh didenda $50,000

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Seorang warga Bangladesh berusia 42 tahun, Sobjul Madbar, didenda $50,000 selepas mengaku bersalah memiliki, menyimpan dan menjual rokok seludup di depan Majistret Abdul ‘Azim bin Othman semalam. Dia berdepan hukuman penjara 16 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

    Kejadian berlaku pada 19 Ogos lalu, kira-kira jam 9:35 pagi, ketika pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Kastam dan Eksais Diraja menjalankan operasi di sebuah kediaman pekerja di Kampung Jaya Setia.

    Dalam serbuan itu, 50 karton pelbagai jenis rokok telah disita.

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda