Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miliki sistem PV di bumbung rumah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUNNet Metering adalah mekanisme bil yang memberi kredit kepada pemilik sistem tenaga suria untuk elektrik yang mereka tambah ke grid, contoh jika pelanggan yang kediamannya mempunyai sistem PV di bumbung mereka, ia mungkin menghasilkan lebih banyak elektrik daripada yang digunakan di rumah pada waktu siang.

    Sekiranya rumahnya mempunyai Net Metering, meter elektrik tersebut akan mengembalikan semula kredit yang telah digunakan pada waktu malam atau tempoh lain ketika penggunaan elektrik di rumah melebihi pengeluaran (output) sistem dan yang demikian, para pelanggan hanya perlu membayar penggunaan tenaga ‘bersih’ mereka.

    Demikian telah dijelaskan oleh Pengurus Perkembangan Perniagaan Perusahaan Wadura, Wong Ching Ming yang membentangkan tajuk Net Metering Solution pada sesi sebelah petang bagi Forum Dasar dan Pembangunan Tenaga yang Boleh Diperbaharui bersempena dengan Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2021, hari ini, bertempat di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Beliau juga menjelaskan mengenai Skim Net Metering yang mana ia kini boleh digunakan di rumah kediaman hingga ke penyewa komersial dengan menggunakan Sistem Grid Tied Solar PV Rooftop.

    “Prosesnya adalah menghantar kuota tempahan ke Bahagian Tenaga Lestari (SED) melalui e-mel; lawatan tapak akan dilakukan oleh wakil SED dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) setelah pengesahan tapak dan akaun meter, kebenaran terakhir akan diberikan untuk pemasangan Net Metering oleh vendor meter yang diluluskan oleh JPE.”

    Beliau turut mengongsikan bahawa tedapat tiga jenis meter yang boleh digunakan iaitu DES approved 3P 100A Whole Current Meter; DES approved 1P 100A Whole Current Meter; dan DES approved 3P CT Meter for Amp rating greater than 100A above.

    Wong Ching Ming semasa menyampaikan pembentangannya pada Forum Dasar dan Pembangunan Tenaga yang boleh Diperbaharui di persidangan MYCE 2021 kelmarin.
    Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei yang berlangsung di Dewan Musyawarah, ICC, Berakas kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda