Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Militan tembak mati pemimpin parti dalam pilihan raya India

    SRINAGAR, India, 5 Mei – Militan disyaki menembak mati seorang pemimpin tempatan parti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi di Kashmir sebelum pusingan terakhir pengundian, menekankan pertumpahan darah yang telah menjejas pilihan raya besar-besaran di India. Pembunuhan di daerah Anantnag di negeri yang mempunyai majoriti penduduk Islam di India adalah kejadian terbaharu dalam beberapa siri serangan yang telah menjejas pilihan raya yang bermula pada bulan lalu.

    Militan melepaskan tembakan pada Gul Mohammad Mir, yang menjadi anggota unit tempatan parti nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP), di rumahnya di selatan Kashmir pada malam semalam.

    Polis menggelarnya “jenayah keganasan” dan Modi mengecam pembunuhan Mir dalam pos Twitter hari ini, berkata “tidak adanya ruang untuk keganasan sedemikian dalam negara kami.”

    Polis berkata sebuah stesen pengundian yang digunakan dalam pilihan raya Isnin telah dibakar di kawasan berhampiran Shopian. Kehadiran pengundi di Kashmir India tidak melebihi 10 peratus dalam pusingan sebelumnya, dan Anantnag dijangka terjejas pada Isnin – pusingan pengundian kelima dalam pilihan raya selama enam minggu yang berakhir pada 19 Mei. Keputusan dijangka keluar empat hari kemudian. – AP

    Gambar fail yang diambil pada 23 April 2019 menunjukkan seorang tentera separa berdiri mengawal di sebuah stesen pengundian ketika fasa ketiga pilihan raya umum India di Srinagar. Militan menembak mati seorang pemimpin tempatan parti Perdana Menteri Narendra Modi di Kashmir sebelum pengundian terbaharu pada 6 Mei 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda