Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Militao julang Real Madrid ke puncak liga

    MADRID, 9 OKT – Jaringan awal Eder Militao membolehkan Real Madrid menewaskan Getafe 1-0 dan melonjakkan mereka selaku pendahulu La Liga.

    Skuad Carlo Ancelotti kini tiga mata di depan Barcelona yang akan menerima kunjungan Celta Vigo di Camp Nou hari ini.

    Dalam perlawanan lain, dua jaringan Angel Correa memberikan kemenangan 2-1 Atletico Madrid ke atas Girona manakala Seville yang dikendalikan jurulatih baharu, Jorge Sampaoli seri 1-1 menentang pasukan di tangga ketiga Athletic Bilbao.

    Real Madrid beraksi tanpa bolos kali pertama dalam saingan liga musim ini di Coliseum untuk membawa pulang tiga mata.

    “Jelas kami mahu menjaringkan lebih daripada satu, dua atau tiga gol tetapi pada masa sama pintu gol kami kebal di sini membolehkan kemenangan dicapai,” kata pemain pertahanan, Dani Carvajal.

    “Menang tanpa bolos menjadikan ia lebih menarik.”

    Karim Benzema tidak beraksi kelmarin dan tidak tersenarai dalam pasukan. Kelab berharap penyerang Perancis itu kembali cergas sepenuhnya untuk aksi Clasico minggu hadapan.

    Penyerang itu gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhirnya sejak pulih kecederaan paha namun Los Blancos tidak perlukan masa lama untuk menembusi gawang lawan tanpanya.

    Militao menanduk masuk sepakan sudut Luka Modric pada minit keempat. Ia hadiah bermakna kepada pertahanan Brazil itu yang meraikan penampilan ke-100nya bersama kelab. – AFP

    Eder Militao (kiri) meraikan jaringan gol semasa perlawanan di antara Getafe dan Real Madrid di Getafe, Madrid, Sepanyol pada 8 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda