Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Milojevic meninggal dunia akibat serangan jantung

    MIAMI, 18 JAN – Penolong jurulatih Golden State Warriors, Dejan Milojevic, dikenang di NBA sebagai rakan mesra dan mentor berpengaruh selepas meninggal dunia pada usia 46 tahun semalam.

    Jurulatih Serbia itu telah mengalami serangan jantung pada majlis makan malam pasukan di Bandar Salt Lake pada malam Selasa lalu dan meninggal dunia pada pagi semalam, kata Warriors.

    Milojevic, yang bermain di Sepanyol dan Turkiye serta tanah airnya, tempat dia memulakan kerjaya kejurulatihannya, menyertai Warriors sebagai pembantu pada 2021.

    Dia adalah sebahagian daripada kakitangan dalam pasukan yang memenangi kejuaraan NBA pada 2022.

    “Kami benar-benar sedih dengan pemergian mengejut Dejan,” kata Ketua Jurulatih Warriors, Steve Kerr.

    “Ini adalah tamparan yang mengejutkan dan tragis untuk semua orang yang dikaitkan dengan Warriors dan masa yang sangat sukar untuk keluarganya, rakan-rakan dan kami semua yang mempunyai hubungan yang luar biasa bekerja dengannya.”

    “Selain menjadi jurulatih bola keranjang yang hebat, Dejan adalah salah seorang lelaki paling positif dan baik yang pernah saya kenali, seseorang yang membawa kegembiraan dan cahaya setiap hari dengan semangat dan tenaganya.”

    Pasukan di dalam liga memberikan penghormatan kepada ‘Deki’ dengan bertafakur sebelum perlawanan kelmarin.

    Pesuruhjaya NBA, Adam Silver berkata Milojevic adalah ‘rakan sekerja dan kawan yang dikasihi oleh ramai orang dalam komuniti bola keranjang global.’ – AFP

    Gambar fail menunjukkan Milojevic menghantar bola sebelum perlawanan bola keranjang NBA menentang New Orleans Pelicans, pada 28 Mac 2023, di San Francisco. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...