Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Milwaukee Bucks lanjutkan kontrak Budenholzer

    LOS ANGELES, 25 OGOS – Pemenang gelaran jurulatih tahunan sebanyak dua kali, Mike Budenholzer dilaporkan bersetuju untuk melanjutkan kontrak dengan pasukan juara bertahan NBA, Milwaukee Bucks sehingga musim 2024-2025.

    Pelanjutan kontrak selama tiga tahun itu akan ditambah selama setahun dengan baki kontrak yang masih berjalan, menurut laporan penyiaran ESPN.

    Sejak beberapa musim, pengurus berusia 52 tahun itu membimbing Bucks menerajui gelaran NBA pertama sejak 1971 ketika mereka dipimpin oleh Lew Alcindor.

    Bucks menamatkan kedudukan di tempat ketiga musim biasa Eastern Conference. Mereka berjaya menyingkirkan Miami Heat, Brooklyn Nets dan Atlanta Hawks semasa perlawanan selepas tamat musim sebelum bertemu dan seterusnya menewaskan Phoenix Suns dalam siri terbaik daripada tujuh perlawanan.

    Budenholzer dipilih sebagai jurulatih tahunan NBA pada 2015 bersama Atlanta dan pada 2019 bersama Milwaukee.

    Dia telah mengendalikan pasukan Bucks selama tiga tahun, mencatatkan rekod 162-65 semasa musim biasa dan 31-17 semasa playoff.

    Dia menghabiskan 17 tahun sebagai pembantu pengurus kepada Gregg Popovich di San Antonio, di mana dia merupakan sebahagian daripada pasukan yang berjaya memenangi empat kejuaraan NBA.

    Dia merupakan jurulatih di Atlanta dari tahun 2013 hingga 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda