Oleh Yusrin Junaidi –
TUTONG, 27 MAC – Enam buah keluarga di Kampung Lubok Pulau, Daerah Tutong, hari ini menerima sumbangan daripada Mim Nun.Bn, iaitu infak hasil daripada sumbangan gabungan keluarga Syarikat Muhd dan Nur. Sumbangan berupa makanan asasi berkenaan adalah bagi membantu para keluarga membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, sekali gus merebut peluang meraih ganjaran pahala dengan berinfak membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi di 10 terakhir Ramadan ini.
Pengagihan sumbangan berkenaan telah diadakan di kediaman Keluarga besar Tok Janggut Kampung Lubok Pulau, Daerah Tutong. Hadir mewakili penyerahan sumbangan berkenaan ialah Pengasas Syarikat Muhd dan Nur iaitu Dayangku Nurhasniza.