Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mimi Lana beri lakonan terbaik

    Demi menghidupkan watak dengan baik, Mimi Lana tidak kisah mengeluarkan wang lebih untuk mengupah jurulatih lakonan peribadi.

    Semuanya dilakukan sebagai usaha mendalami karakter yang diberi dengan lebih berkesan.

    Mimi atau nama sebenar, Mimi Roziana Zainal Abidin melantik jurulatih lakonan peribadi khas bagi menjiwai watak Lia dalam drama rantaian, Framed arahan Sein Qudsi.

    “Saya mengambil serius dengan setiap projek yang dibuat. Saya sangat passionate dengan apa yang saya buat dan mahukan yang terbaik. Jadi, kalau ada perkara yang perlu saya buat seperti mengambil guru lakonan, saya akan buat.

    “Sebelum ini, saya pernah ambil guru lakonan untuk beberapa projek. Tetapi kebanyakan filem, selalunya penerbit sediakan jurulatih lakonan. Namun, tiada untuk drama bersiri.

    Mimi memandang serius setiap job diterima terutama dalam aspek penghayatan watak. – mStar

    “Tetapi, sebelum penggambaran bermula, kita ada latihan. Bagaimanapun, saya fikir perlu ada orang bimbing saya selepas menjalani penggambaran selama beberapa minggu.

    “Saya memerlukan seseorang untuk saya berkongsi dan mendalami lagi apa yang boleh saya beri menerusi watak. Jadi, saya tidak teragak-agak ambil guru lakonan,” katanya kepada BH Online.

    Mimi ditemui pada sidang media drama Framed di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Mimi berkongsi watak Lia bukanlah karakter mudah, iaitu wartawan yang berhadapan dengan pelbagai tekanan hidup.

    Bagaimanapun, Mimi berkata, selain bimbingan jurulatih lakonan, bantuan daripada pengarah, penulis skrip dan rakan gandingan seperti Vanidah Imran yang memegang watak ibu serta Rusdi Ramli sebagai bapa, banyak membantu.

    “Lia kehilangan ibu sejak usia 10 tahun dan membesar dengan menjaga ayah yang tidak sihat. Jadi, tidak mudah menjiwai karakter ini, saya perlu mendalami perasaan sedih,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda