Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mimi Lana mohon doa dapat anak kembar

    Tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Mimi Lana berharap dikurniakan anak kembar bersama suaminya aktor Syafiq Kyle.

    Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata dia mahu orang ramai turut mendoakan keinginannya itu, lapor mStar.

    “Boleh ke nak minta semua orang doakan saya dapat anak kembar.

    “Orang cakap kalau ramai yang doakan senang termakbul,” katanya.

    Mimi berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Threads pada Rabu.

    Perkongsian Mimi menarik perhatian ramai yang rata-rata mendoakan agar impian pasangan berkenaan dimakbulkan. – The Star

    Bagaimanapun, Mimi tidak menjelaskan sama ada dirinya sudah berbadan dua atau sebaliknya.

    Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata mendoakan agar impian pasangan berkenaan dimakbulkan.

    Malah, ada juga peminat mula membuat spekulasi mendakwa pelakon itu kini hamil.

    “Insya-Allah nanti dapat sepasang anak kembar kacak dan cantik macam mama papa dia.

    “Dah macam ada bau nak ke dewan bersalin, moga ada rezeki.

    “Kami tak sabar nak jumpa Mimi dan Syafiq junior!,” antara komen warganet.

    Selepas dihujani pelbagai ucapan positif, Mimi merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang tanpa henti mendoakan agar dia dikurniakan zuriat kembar.

    “Terima kasih semua. Semoga segala doa yang baik berpatah balik untuk awak semua.

    Semoga kita sentiasa diberikan rezeki yang luas, nikmat bersyukur dan kesihatan baik oleh Allah SWT,” tulisnya.

    Untuk rekod, Mimi dan Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, disatukan pada 14 Februari lalu di sebuah ruang acara di Taiping, Perak. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda