BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) dinobatkan sebagai juara pertandingan Beyblade X terbuka ‘3 on 3’ sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah Tab 60 pro anjuran Undergroundz X Tour.
Kejayaan tersebut diperolehi setelah menewaskan Muhammad Norsam bin Md Yusof dari Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB) dalam perlawanan akhir yang diadakan di Teratak DBos Kampong Panchor Mengkubau baru- baru ini.
Manakala di tempat ketiga disandang Julkarnain bin Haji Husin dari Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB) setelah berjaya menewaskan Mainor Azizi bin Haji Maidin dari Pasukan DBos Beys (DB).
Bagi pemenang sagu hati top 8 pula disandang oleh Aediesopian bin Haji Ismail (JB), Haji Rosaimi bin Haji Lamit (DB), Paridah binti Ibrahim (UGX).
Sementara itu kedudukan dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam musim 2025-2026 menyaksikan Pasukan DBos Beys memperolehi 48 mata berkongsi dengan Pasukan Jakusha Bladers yang juga memperolehi 48 mata di ikuti Pasukan Brothers Geng Bladers yang mengutip 45 mata dan diikuti Pasukan Undergroundz X mengutip 21 mata.



