Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mimi Nazuwan juarai Gear Sport Beyblade X

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Awang Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara dalam pertandingan Gear Sport Beyblade X (Bit – Attack) anjuran DBos Beys Brunei Darussalam.

    Dalam pertandingan akhir yang diadakan di Teratak DBos Kampung Mengkubau, beliau menawaskan Awang Abdul Malik Sofri bin Mohd Ariffin juga daripada Pasukan JB sekali gus memenangi hadiah utama berupa sebuah televisyen Android 32 inci, slot percuma, hamper dan sijil.

    Manakala itu, tempat ketiga disandang oleh Awang Massuny bin Haji Mohid daripada Pasukan Underground Beys (UG) setelah menewaskan Awang Abdul Naim bin Haji Muhd Yussof juga daripada Pasukan UG

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi 2023, JB masih mendahului dengan 76 mata diikuti oleh UG 41 mata, Pasukan Santai Aja Bladerz 35 mata, Ghostbeys (GB) 22 mata dan Beyblade Madness (BM) memperolehi enam mata.

    Perlawanan sukan gear itu adalah salah satu sukan yang menggunakan stadium ekstrem dan menjadi sukan utama dalam perlawanan Beyblade di negara ini.

    Awang Mimi Nazuwan juara Gear Sport Beyblade X. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
    Peserta beraksi dalam pertandingan akhir berkenaan. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda