Monday, October 14, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mimi Peri dedah jantina sebenar

    Personaliti media sosial Indonesia, Mimi Peri mendedahkan dia sering mendapat pertanyaan netizen berhubung jantina sebenarnya meskipun jelas dia adalah seorang lelaki.

    Memetik dari mStar, Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, berkata, tidak hanya itu, dia turut mendapat pertanyaan nakal sama ada memakai telekung atau berkain pelikat ketika mendirikan solat.

    Terpanggil menjawab pertanyaan tidak berasas itu, Mimi membuktikan dirinya masih seorang lelaki walaupun perwatakannya lembut.

    “Hello guys, Jumaat barakah… Kali ini saya mahu menjawab pertanyaan netizen yang sering bertanya sama ada Mimi Peri ini lelaki atau perempuan.

    “Ada juga yang bertanya saya kalau mendirikan solat pakai telekung atau kain pelikat.

    “Saya adalah lelaki lembut dan jika beribadah saya masih memakai kain pelikat dan pakaian lelaki,” katanya.

    Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

    Menerusi perkongsian video itu, Mimi turut berkongsi perjalanan menunaikan solat Jumaat dan mengimbau memori sewaktu kecil bersama rakan-rakannya ke masjid.

    Kata Mimi, dia merindui saat bermain bersama rakan-rakan dan menunjukkan ruang sekeliling masjid tersebut.

    “Inilah masjid yang menjadi tempat permainan saya sewaktu kecil… Bermain bersama kawan-kawan, cari ilmu bersama mereka.

    “Rindu sangat memori itu, suasananya juga sudah jauh berbeza. Saya masih ingat lagi kenangan bersama kawan-kawan sewaktu kecil.

    “Sekarang kamu (netizen) sudah tahu bukan, kalau saya lelaki atau perempuan,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Mimi turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon Datin Almy Nadia kerana menghadiahkannya sepersalinan pakaian untuk menunaikan solat.

    “Terima kasih Datin Almy kerana menghadiahkan baju buat saya mendirikan solat.

    “Alhamdulillah, jangan lupa solat Jumaat ya guys,” katanya. – Agensi

    Mimi Peri mengakui dirinya seorang lelaki berperwatakan lembut. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda