Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Mimpi neraka jadi asbab Kila Fairy pakai tudung

    Pengalaman mimpi yang cukup menginsafkan menjadi detik permulaan penghijrahan pelakon dan penyanyi Malaysia, Kila Fairy menutup aurat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, berkongsi pengalaman tersebut menerusi siaran podcast bersama Studio Sembang, baru-baru ini.

    Menurut pelakon filem Blok 404 itu, sebelum ini dia mengakui bersikap skeptikal terhadap kisah-kisah hijrah yang berpunca daripada mimpi.

    Namun, segalanya berubah selepas dirinya sendiri melalui pengalaman luar biasa tersebut.

    “Selama bertahun-tahun, doa saya cuma satu, ‘Ya Allah, jadikan saya Muslimah yang baik.

    Kila nekad melakukan perubahan serta-merta dengan menutup aurat selepas mendapat mimpi yang menakutkan. – Utusan Malaysia

    Tunjukkan saya jalan, takutkan saya kalau perlu’.

    “Malam itu, saya bermimpi melihat setiap perincian tentang syurga dan neraka,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

    Tambah Kila, mimpi berkenaan begitu nyata dan menakutkan hingga membuatkan dirinya tersedar daripada lena dalam keadaan menggigil.

    “Saya nampak bagaimana azab di neraka, bagaimana manusia diseksa, ada yang dipotong tangan, ditarik lidah.

    “Malah, saya nampak makhluk seperti syaitan, uratnya bagaikan lava dan suaranya seperti guruh,” ujarnya.

    Berikutan pengalaman itu, Kila nekad melakukan perubahan serta-merta dengan menutup aurat.

    “Selepas terjaga, saya terus pesan tudung dan ambil shawl milik mama.

    “Saya juga hubungi Neelofa untuk bertanyakan pandangan dan beliau mencadangkan saya berjumpa ustaz Haris bagi menafsirkan mimpi tersebut,” katanya lagi.

    Menurut anak kepada penyanyi terkenal era 1980an, Rohana Jalil itu, mimpi berkenaan meninggalkan kesan mendalam kerana setiap gambaran yang dilihat seolah-olah sama seperti yang diceritakan dalam Al-Quran dan hadis. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...