Sunday, December 3, 2023
32.1 C
Brunei

    -

    Min Jae ambil dadah bersama Tae Hyun

    Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penyanyi Nam Tae Hyun dan pelakon Seo Min Jae susulan dakwaan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

    Balai Polis Daerah Yongsan, Seoul membuat permohonan tersebut dan kedua-dua suspek bakal disoal siasat sebelum mereka bertindak menghapus sebarang bahan bukti.

    Penahanan tersebut dibuat selepas Min Jae secara terbuka mengaku menggunakan bahan terlarang tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

    Dalam video tersebut, Min Jae mendedahkan peralatan yang digunakan bagi pengambilan dadah berkenaan bersama Tae Hyun.

    Dia bagaimanapun telah memadamkan hantaran tersebut dan menjelaskan berlaku pertengkaran bersama Tae Hyun yang juga merupakan kekasihnya.

    “Saya bergaduh dengan kekasih saya dan mengambil ubat kerana terlalu tertekan sehingga hilang kawalan,” ujarnya. Kedua-dua mereka juga sebelum ini pernah diarahkan menjalani ujian air kencing selepas timbul aduan berkaitan masalah sama.

    Dalam kes berbeza, Tae Hyun pernah didakwa atas kesalahan memandu secara mabuk sehingga menyebabkan kemalangan pada 8 Mac lalu. – Agensi

    Tae Hyun dan Min Jae akan disiasat atas dakwaan dadah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...