Pelakon Park Min Young dituduh menipu berhubung skandal penggubahan wang haram melibatkan bekas teman lelakinya iaitu Kang Jong Hyun.
Nama aktres itu menjadi perhatian selepas dia didakwa menerima wang berjumlah RM885,000 daripada Jong Hyun yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kongsi mStar.
Bagaimanapun, Min Young sebelum ini menafikan menerima wang tersebut malah hubungan mereka sudah putus sebelum isu berkenaan terbongkar.
Pendedahan terbaharu itu membuatkan peminat meluahkan rasa kecewa dan sepakat memboikot drama terbaharu lakonannya Marry My Husband yang sedang menjadi fenomena.
“Saya akan boikot drama lakonan Park Min Young!
“Dia kembali begitu cepat selepas kontroversi dan lihat apa dia sudah lakukan terhadap drama itu.
“Itulah sebabnya saya tak mahu menonton drama lakonan Min Young. Saya juga tidak akan menonton mana-mana drama lakonannya selepas ini,” komen warganet.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan aktres itu, Ming Young sebelum ini dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberi kenyataan berhubung perkara itu pada Februari tahun lalu. – Agensi


