Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mina hero Colombia

    SAMARA, 29 Jun – Tandukan deras pemain Barcelona, Yerry Mina membantu Colombia mara ke peringkat 16 selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Senegal dalam Kumpulan H, yang tersingkir akibat rekod disiplin yang teruk berbanding Jepun.

    Colombia akan berdepan England manakala Jepun akan menentang Belgium.

    Pasukan dari Amerika Selatan yang mara peringkat suku akhir di Brazil empat tahun yang lalu, hampir tersingkir daripada kejohanan selepas berdepan dengan rintangan awal.

    Tetapi selepas menyaksikan VAR menyelamatkan keadaan buat Colombia pada separuh masa pertama, peluang Colombia untuk mara ke peringkat 16 masih terbuka sebelum Mina menerima hantaran dari kanan dan menewaskan penjaga gol, Khadim Ndiaye.

    Mina mengakhiri kekecewaan Colombia apabila dia membuka tirai jaringan semasa menentang Poland dalam perlawanan sebelum ini dan pengurus Jose Pekerman berkata gol keduanya di Piala Dunia ini tidak kebetulan.

    Aksi Mina sambil diasak oleh Ismaila Sarr semasa perlawanan Kumpulan H antara Senegal dan Colombia semalam. – AP

    “Kami melakukan sepakan sudut dengan baik sekali. Ia bukan satu kebetulan,” kata Pekerman. “Kami memiliki pemain bagus yang boleh membawa bola tetapi juga boleh bermain dengan baik apabila di udara.”

    Di Samara, Pekerman tetap menaruh kepercayaan terhadap barisan serangan yang membantunya menewaskan Poland 3-0, dengan Juan Quintero, James Rodriguez dan Juan Cuadrado membantu Radamel Falcao.

    Setengah jam menuju ke separuh masa pertama, Pekerman terpaksa akur apabila Rodriguez terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan digantikan dengan Luis Muirel.

    Sebelum itu, Senegal melakukan serangan yang mantap tetapi gagal untuk merobek gawang David Ospina.

    Peluang terbaik Colombia semasa separuh masa pertama hadir menerusi sepakan percuma yang menyaksikan Ndiaye menghadang rembatan kencang Quintero selepas Falcao dijaga oleh dua pemain Senegal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda