Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minamino lengkapkan perpindahan ke Monaco

    MONACO, 29 JUN – Penyerang dari Jepun, Takumi Minamino melengkapkan perpindahannya dari Liverpool ke Monaco, menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh kedua-dua kelab tersebut, kelmarin.

    Pemain berusia 27 tahun itu menandatangani perjanjian kontrak selama empat tahun dengan pasukan berkenaan, menurut laporan yuran perpindahannya bernilai AS$15.8 juta dengan bayaran tambahan sebanyak tiga juta euro.

    “Ia adalah sesuatu yang membahagiakan saya kerana dapat menyertai kelab AS Monaco,” kata Minamino.

    “Saya berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek yang menarik ini, di kelab yang memiliki tradisi yang hebat dan salah sebuah kelab yang dikenali di Ligue 1,” tambahnya.

    “Saya tidak sabar untuk beraksi bersama kelab ini dan melakukan segala-galanya untuk membantu pasukan,” tambahnya lagi.

    Minamino, menyertai Liverpool dari Red Bull Salzburg pada 2020, berjaya menjaringkan 10 gol dalam semua kejohanan musim lalu dan mencetak namanya sebagai penjaring terbanyak untuk kelab The Reds semasa kempen memenangi Piala FA dan Liga Liga.

    Selain daripada itu, dia juga memenangi pingat Liga Perdana pada tahun pertamanya di Anfield.

    Namun dia hanya membuat 55 penampilan untuk kelab Liverpool dalam dua setengah tahun, menghabiskan masanya pada separuh tahun kedua kempen 2020 dan 2021 sebagai pemain pinjaman di Southampton. – AFP

    Takumi Minamino bersama Mohamed Salah, Jordan Henderson semasa sesi latihan di Stade de France, Saint Denis, 27 Mei 2022. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda