LIVERPOOL, ENGLAND, 19 DIS – Takumi Minamino sah akan menyertai Liverpool, di mana beliau merupakan pemain pertama Jepun yang akan beraksi bersama skuad The Reds itu.
Ketua Liga Perdana mengumumkan penandatanganan Minamino yang berusia 24 tahun itu hari ini, dengan menyatakan beliau akan secara rasmi menyertai skuad berkenaan bermula pada 1 Januari nanti.
“Ia merupakan impian saya dan ia menjadi kenyataan untuk menjadi pemain Liverpool,” kata pemain penyerang tengah Jepun itu. “Saya sangat teruja ianya telah menjadi kenyataan.”
Minamino memaparkan aksi yang memberangsangkan dalam dua perlawanan antara Liverpool dan Salzburg di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini. Penyerang tengah yang juga mampu beraksi sebagai pemain penyerang itu, Minamino menyertai Salzburg dari kelab Jepun Cerezo Osaka pada 2015. Dia dilaporkan mempunyai klausa pemindahan sebanyak 7.25 juta pound (AS$9.5 juta).
Shinji Okazaki memenangi gelaran Liga Perdana bersama Leicester pada 2016, manakala Shinji Kagawa (Manchester United), Hidetoshi Nakata (Bolton) dan Junichi Inamoto (Arsenal dan Fulham) adalah pemain Jepun yang bermain di bahagian teratas England.
“Saya rasa ini merupakan liga teratas dunia dan saya memikirkan karier saya dalam bola sepak semakin berjalan lancar dan satu hari nanti pula, saya mungkin boleh beraksi dalam Liga Perdana.
“Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menyertai kelab ini dan saya sangat teruja,” jelas Minamino. Sementara itu pengurus Liverpool, Jurden Klopp pula berkata bahawa Minamino merupakan seorang pemain yang berani.
“Dia seorang pemain yang sangat pantas dan berani. Dia sangat berani ketika bersama bola dan juga tanpa bola.”
Sebelumnya satu rundingan mengenai pemindahan pemain itu telah dilakukan, di mana menurut pengarah sukan Salzburg, Christoph Freund, kelabnya sebelum itu sudah menyaksikan potensi pemain itu dan berhasrat untuk membawanya ke dalam skuad Liverpool. – AP
