Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Minchan Verivery mohon maaf terlepas cakap

    Disebabkan terlepas cakap dan memberi komen buruk tentang penampilan bekas rakan sekolahnya, Minchan yang merupakan anggota kumpulan Verivery dikecam teruk peminat.

    Ketika menjadi tetamu dalam sebuah program, Minchan berkongsi cerita tentang seorang pelajar perempuan baharu masuk ke sekolahnya. Pelajar tersebut juga seorang penyanyi.

    Melihat wajah pelajar berkenaan pada waktu itu, ia tidaklah seperti yang dibayangkan.

    “Dia memusnahkan bayangan saya tentang rupa seorang penyanyi.

    “Wajahnya tidak menarik,” ujar Minchan dalam rancangan tersebut.

    Minchan bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka dalam satu hantaran di media sosial.

    “Saya mahu memohon maaf disebabkan komen saya dalam rancangan V Live.

    “Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, saya akan lebih berhati-hati dalam percakapan.

    “Saya juga mahu meminta maaf kepada individu tersebut secara peribadi,” ujarnya. – Agensi

    Minchan akan lebih berhati-hati dalam bercakap. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...