Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mindule diramal badai Tokyo

    TOKYO, 1 OKT – Lapangan Terbang Haneda di Tokyo membatalkan 357 penerbangan pada Jumaat ekoran taufan Mindulle diramal membadai negara itu, lapor Sputnik.

    Sejak awal Jumaat, sebanyak 264 pelepasan dan 93 ketibaan di lapangan terbang itu dibatalkan, sementara beberapa penerbangan lagi ditangguhkan.

    Lebih 6,000 isi rumah mengalami gangguan bekalan elektrik termasuk di wilayah Shizuoka, Kanagawa, Tokyo, Chiba dan Ibaraki, lapor penyiar NHK. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda