Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minggu Bahasa Sekolah St George meriah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Sekolah St George baru-baru ini telah mengadakan Minggu Bahasa yang berlangsung selama enam hari bermula dari 15 hingga 20 September di sekolah berkenaan.

    Acara tersebut mengumpulkan murid-murid rendah bawah dan atas dan juga guru-guru dari jabatan Bahasa Melayu dan Inggeris bagi memeriahkan suasana sambutan itu.

    Pada acara tersebut pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan menulis, mewarna, sesi mari bercerita, seni dan kraf tangan, kuiz, Scavenger Hunt dan banyak lagi yang disertai oleh murid-murid sekolah berkenaan bertujuan untuk memupuk minat mereka terhadap bahasa.

    Acara kemuncak diserikan lagi dengan persembahan dan pertandingan pakaian terbaik di mana murid-murid berpakaian mengikut tema watak yang terdapat dalam buku cerita.

    Menerusi acara tersebut memberi peluang kepada setiap pelajar unutk menyerlahkan lagi bakat mereka.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang dari rendah bawah ialah pengetua sekolah tersebut, Janidi Jingan dan Timbalan Pengetua, NM Mubarak.

    Manakala Ketua Sekolah Rendah, Alice Ting, menyempurnakan hadiah kepada pemenang bagi murid rendah atas.

    Murid-murid bergambar ramai bersama guru-guru sekolah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST GEORGE
    Murid-murid bergambar dengan pakaian terbaik mereka. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST GEORGE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda