Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minggu China-ASEAN cermin kerjasama semakin rancak

    FUZHOU, 18 NOV – China dan negara ASEAN akan terus membina konsensus, menjana impak sosial, menangani risiko, menyahut cabaran, mengemukakan dan melaksanakan ‘Pakej Penyelesaian China-ASEAN’ yang boleh membawa kepada masa depan yang cerah demi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu.

    Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Shi Zhongjun ketika menghadiri Minggu China-ASEAN 2025 yang membuka tirainya kelmarin.

    Dalam majlis pembukaan berkenaan, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata ASEAN dan China perlu bersatu-padu menghadapi cabaran dan tekanan serta menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian kepada rantau ini.

    Turut hadir, perwakilan dari negara tuan rumah dan kesemua 11 anggota ASEAN.

    Minggu China-ASEAN 2025 yang bertemakan Berkongsi Nasib: Mengaitkan Wawasan ASEAN 2045 dengan Modenisasi Ala China, merangkumi 12 buah aktiviti utama dan komponen yang bertujuan mencetuskan momentum bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu. China-ASEAN mengekalkan pertumbuhan pada kadar tinggi dalam bidang perdagangan dua hala pada 2024, malah kadar pertumbuhan itu meningkat 8.2 peratus dari Januari hingga Oktober tahun ini. – Bernama

    Minggu China-ASEAN 2025 dihadiri perwakilan dari negara tuan rumah dan kesemua 11 anggota ASEAN. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda