Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minggu Ekstravaganza di Beribi

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – QAF Auto Sdn Bhd, pengimport tunggal kenderaan BMW di negara ini, kini sedang menganjurkan Minggu Ekstravaganza QAF Auto di Bilik Pameran BMW di Beribi, sehingga esok.

    Acara yang bermula hari ini itu, telah menyaksikan para pengunjung berpeluang memandu uji pelbagai model BMW, termasuk BMW X3 dan BMW 2 Series Gran Coupe.

    Pengunjung boleh menyertai ‘pandu uji dan menang’ untuk merasai sendiri prestasi barisan model BMW dan aktiviti putar roda bagi peluang memenangi hadiah menarik, termasuk baucar Supa Save bernilai $100 serta barangan eksklusif BMW.

    Selain itu, pelanggan turut menerima baucar gaya hidup BMW bernilai $50 bagi setiap sesi pandu uji yang diselesaikan.

    Tawaran eksklusif turut disediakan sepanjang acara ini, di mana setiap tempahan yang dibuat akan melayakkan pelanggan menerima baucar perjalanan bernilai $1,000, selain promosi berterusan seperti iPhone 17 Pro, BMW Advanced Car Eye Pro 3.0, bahan api V-Power percuma selama setahun, dan baucar membeli-belah Supa Save bernilai $500.

    Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Bilik Pameran BMW di Beribi.

    Minggu Ekstravaganza QAF Auto yang berlangsung di Bilik Pameran BMW. – GAMBAR SERAHAN QAF AUTO SDN BHD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda