Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minggu masakan ketengah hidangan klasik Turkiye

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Bagi menandakan Minggu Masakan Turkiye tahunan yang diadakan setiap minggu terakhir di bulan Mei, sehubungan itu satu majlis makan makan telah diadakan di Kediaman Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

    Dalam ucapan alu-aluan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy antaranya berkata Kedutaan Republik Turkiye di Negara Brunei Darussalam telah menyertai kedutaan Turkiye di seluruh dunia bagi meraikan Minggu Masakan Turkiye sejak tahun 2022 untuk mengetengahkan dan berkongsi masakan klasik Turkiye dan resipi abadi mereka.

    Pada majlis berkenaan, Lale Ersoy selaku isteri kepada TYT Profesor Dr Hamit Ersoy juga menyampaikan demonstrasi ringkas seni water marbling Turkiye atau disebut dengan nama Ebru.

    Makan malam itu terdiri daripada empat hidangan utama yang disediakan oleh Cef Eksekutif di Kedutaan Republik Turkiye di Negara Brunei Darussalam, Adem Can sekali gus mengetengahkan sentuhan hidangan penuh citarasa klasik Turkiye yang terkenal di dunia dan juga digemari ramai.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKIYE DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    Majlis makan malam turut dihadiri oleh tetamu-tetamu istimewa. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN REPUBLIK TURKIYE DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda