PUTRAJAYA, 3 MAC – Kabinet hari ini bersetuju untuk mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan di Sarawak pada Mei depan bagi memberi penekanan pentingnya aspek perpaduan dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perincian mengenai sambutan tersebut akan diumumkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Bercakap pada sidang media pas-ca mesyuarat Kabinet di sini, Fahmi berkata sambutan tersebut adalah sebahagian daripada ikhtiar dan usaha Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan elemen bersatu padu dalam kalangan masyarakat seterusnya
penting bagi mewujudkan suasana stabil selain dapat menarik pelabur luar.
“Insya-Allah, setelah menteri umumkan perinciannya kita akan melihat secara menyeluruh apakah ikhtiar Kerajaan Perpaduan untuk memastikan rakyat terus bersatu padu dalam usaha mengembalikan keyakinan dan membangunkan semula ekonomi negara,” katanya. – Bernama
