MILAN, 30 Mac – Napoli mungkin akan merampas semula gelaran Serie A apabila menentang Sassuolo hujung minggu ini apabila juara bertahan Juventus akan berdepan ujian getir menentang AC Milan sebelum pertembungan Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid minggu depan.
Juventus yang akan beraksi hujung minggu ini sebelum pertembungan Liga Juara-Juara bagi perlawanan pertama menentang juara Sepanyol di Turin kini hanya kelebihan dua mata mengatasi Napoli dan berbaki sembilan perlawanan musim ini.
Selepas mempamerkan prestasi tidak menentu apabila mereka memburu Scudetto pertama sejak 1990, pasukan kendalian Maurizio Sarri, Napoli kembali ke prestasi memberangsangkan menentang Genoa sebelum tugas antarabangsa tempoh hari.
Sementara itu, pasukan kendalian Gennaro Gattuso, AC Milan berada di kedudukan keenam dengan mempunyai kelebihan satu perlawanan berhasrat untuk mengutip tiga mata apabila AC Milan memburu untuk slot Liga Juara-Juara musim depan.
Milan dalam laluan untuk mencatat 10 perlawanan tanpa kalah termasuk lapan kemenangan sekali gus menyaksikan Gattuso hampir menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab.
Bekas pemain tengah itu merupakan sebahagian daripada pasukan Milan yang mencatat kemenangan di Juventus pada Mac 2011.
“Memenangi perlawanan ini sangat penting, bukan sahaja untuk Serie A tetapi meningkatkan keyakinan untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan,” kata pemain pertahanan Juventus, Andrea Barzagli.
“Dua perlawanan nanti merupakan detik yang penting dalam musim ini, kedua-dua perlawanan merupakan penentuan.
“Kesalahan terbesar yang mungkin kami akan lakukan adalah memikirkan Real Madrid. Perlawanan menentang Milan sangat penting, kami mempunyai matlamat yang besar yang perlu dicapai dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar.” – AFP