Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – MINI Brunei hari ini mengadakan pelancaran perdana model crossover pertama untuk segmen kereta kecil premium iaitu MINI Aceman pada majlis yang diselajurkan dengan jerayawara MINI selama tiga hari bertempat di The Mall, Gadong, hari ini. MINI Aceman adalah interpretasi kontemporari terhadap visi asas pencipta MINI,