Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    MINI Brick Lane dilancarkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – MINI Asia dan QAF Auto, pengimport dan pengedar tunggal kenderaan MINI di Brunei, hari ini melancarkan edisi khas di Brunei, MINI Brick Lane Edition.

    Edisi tersebut boleh didapati secara eksklusif untuk model MINI tiga pintu, lima pintu dan MINI Cooper Convertible.

    “MINI Brick Lane Edition menerima inspirasi dari rumah seni jalanan di London, Heart of the East End, di mana bunyi, warna dan rasa di bandar berkenaan bergabung,” kata Ketua MINI Asia, Kidd Yam dalam kenyataan akhbar.

    “Peminat MINI dapat memilih bagaimana garisan halus disepadukan dengan bijak dalam reka bentuk kereta, dengan pelbagai sentuhan reka bentuk khas. MINI Brick Lane Edition mempunyai cirinya yang tersendiri, menjadikannya pilihan terbaik untuk pelanggan di Brunei yang ingin bergaya di jalan raya.”

    MINI Brick Lane Edition tersedia dengan pilihan enjin Cooper dan Cooper S. Daripada segi kemasan cat, semua varian ditawarkan dalam warna enigmatic black, midnight black atau white silver, manakala pilihan Cooper S juga tersedia dalam moonwalk grey.

    Edisi khas terbaharu di Brunei, MINI Brick Lane.
    Awang Abdussalam bersama isterinya semasa melihat secara lebih dekat lagi edisi baru tersebut.

    Ciri-ciri utama MINI Brick Lane Edition menggabungkan garisan bata tradisional dengan warna seni yang moden.

    Pereka kenderaan itu menggunakan corak dan elemen kedua-dua ciri untuk mencipta motif berjalur dalam rona frozen blue, mint dan soul blue.

    Manakala, motif kelihatan pada bonet dan sisi badan kenderaan dalam keharmonian dengan bumbung keras berwarna san marino blue.

    Selain itu, bahagian tepi kenderaan pada semua varian MINI Brick Lane Edition menampilkan corak tatah dalam dengan perkataan ‘BRICK LANE’, dan didatangkan dengan roda aloi 17 inci untuk kesemua model berkenaan.

    Semua roda mempunyai penutup roda terapung dengan logo MINI berlatar belakangkan jalur kecil yang diekstrak daripada motif Brick Lane. Elemen jalur kecil itu juga boleh ditemui pada penutup kunci bercetak 3D.

    Di bahagian dalam pula, Brick Lane mewujudkan ruang dalaman MINI yang canggih dan moden. Fascia kokpit menarik perhatian dengan pelekat Brick Lane yang bergaya di bahagian panel hitam yang berkilat.

    Penampilan premium sistem infotainmen yang menonjol boleh didapati dalam semua varian MINI Brick Lane Edition. Paparan instrumen pelbagai fungsi di belakang stereng dipasang sebagai ciri standard semua model.

    MINI edisi terhad itu juga sarat dengan ciri-ciri teknologi standard termasuk parkir Kawalan Jarak depan dan belakang termasuk park assist serta kamera pandangan belakang untuk penglihatan tambahan.

    Awang Abdussalam, salah seorang peminat dan pelanggan setia kenderaan MINI di Brunei sempat ditemu bual Media Permata mengenai kereta tersebut. Menurutnya, edisi terbaharu itu daripada segi rekaannya memang amat menarik perhatian beliau dan isterinya.

    “MINI memang giat aktif dalam mengeluarkan edisi-edisi istimewanya dan setiap edisinya ada keunikannya. Edisi kali ini (Brick Lane) memang begitu memikat kerana rekaannya yang unik yang ada menyelitkan rekaan bata selain edisi terhad.,” kongsi Awang Abdussalam yang sudah pun memiliki dua buah kenderaan MINI, MINI Cooper S 2012 JCW Special Edition dan MINI Countryman.

    Beliau turut mengongsikan bahawa tidak seperti model-model MINI yang awal, model-model MINI pada masa ini walaupun daripada segi luarannya kelihatan kecil namun dalamannya punya ruang yang cukup luas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...