Oleh Nurdiyanah R.
Gambar oleh Bahyiah Bakir
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Sebanyak 45 pain darah telah berjaya dikumpulkan semasa kempen derma darah anjuran MINI Brunei dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) yang diadakan di Bilik Pameran MINI Brunei di Beribi, Gadong, kelmarin.
Kempen bertemakan Big Love For The People itu julung kalinya dilaksanakan oleh MINI Brunei.
Dengan adanya kempen sedemikian, ia secara langsung membuktikan bahawa MINI Brunei begitu optimis terhadap kehidupan, dengan menawarkan sumber inspirasi kepada dunia menerusi nilai-nilai positif.
