Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mini karnival meriahkan Pusat Belia Tutong

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 22 OKT – Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong dengan kerjasama Akademi Pengajian Brunei (APB), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengungkayahkan mini karnival Sung Dai Sabi Ga Pusat Belia Tutong di Pusat Belia Tutong dan sekitarnya, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan mini karnival yang membawa maksud Lakastah Datang ke Pusat Belia Tutong itu ialah Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly yang sekali gus menyertai sesi senamrobik pada permulaan acara.

    Semasa ditemui Media Permata, Awang Muhammad Syafiq bin Haji Alihan selaku pengerusi mini karnival berkenaan menjelaskan, program kolaborasi buat julung kalinya antara Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong dan APB, UBD dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Tutong itu sebagai satu projek komuniti amal yang melibatkan keusahawanan, kesukanan dan riadah di mana hasil kutipan jualan bakal disumbangkan kepada golongan yang memerlukan di Daerah Tutong.

    Dengan adanya program sedemikian, ia dihasratkan untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu ke arah kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan juga menggapai matlamat Dasar Belia Negara dalam melahirkan golongan belia yang berakhlak mulia.

    Salah satu aktiviti pengisian mini karnival ialah IMPAK Amazing Race yang disertai oleh golongan belia dan beliawanis secara berkumpulan.

    Turut menyemarakkan suasana ialah jualan makanan dan minuman, seni kraf tangan, sukan ria, pertandingan nyanyian, seni muzik gulintangan, peraduan mewarna, seni ukir inai, melukis muka dan sebagainya.

    Pelaksanaan program itu juga diharap untuk melahirkan golongan belia dan masyarakat amnya sentiasa berfikiran positif, berdaya saing sekali gus berani tampil menonjolkan kreativiti dan inisiatif masing-masing demi meningkatkan prestasi diri dari semasa ke semasa.

    Haji Mohamad Rosfazilah turut menyertai sesi senamrobik pada permulaan acara. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    ATAS & BAWAH: Jualan makanan dan minuman, seni muzik gulintangan, sukan ria antara yang turut menyemarakkan suasana mini karnival tersebut. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Nurdiyanah R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...