Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MINI lancar kempen Ramadan dan Raya

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – MINI Brunei hari ini mengadakan jerayawara di The Mall Gadong bermula hari ini hingga 10 Mac 2024, pukul 10 pagi hingga 10 malam.

    Pada jerayawara berkenaan, MINI Brunei juga melancarkan kempen Ramadan dan Raya mereka dengan Light Up Raya with MINI yang mempamerkan barisan model MINI 3 Doors dan 5 Doors Hatch.

    Sempena kempen ini, tawaran eksklusif juga ditawarkan sepanjang tiga hari untuk kereta baharu yang dilengkapi dengan kadar faedah rendah, pakej jaminan lanjutan sehingga tiga tahun, pakej termasuk perkhidmatan sehingga tiga tahun, Road Assist sehingga tiga tahun termasuk baucar beli-belah raya.

    Semasa jerayawara, barisan kereta MINI yang dipamerkan ialah MINI Cosmopolitan Edition yang dilancarkan baru-baru ini, diinspirasikan oleh warisan klasiknya, MINI Cosmopolitan Edition.

    Dengan hanya 30 unit di seluruh dunia, edisi terhad ini hanya ada enam unit di Negara Brunei Darussalam.

    Selain itu, orang ramai dijemput untuk memeriahkan jerayawara itu dan mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang telah disusun serta memenangi hadiah percuma MINI. Untuk menempah sesi pandu uji, orang ramai boleh berjumpa atau menghubungi mana-mana wakil MINI Brunei.

    Model kereta MINI dipamerkan semasa jerayawara yang diadakan di The Mall, Gadong. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda